You Are Reading

0

Kelantan Bawah Aksi Sebenar

amir Z Wednesday, 9 May 2012

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang menang tipis ke atas Ayeyawady United dalam perlawanan Piala AFC semalam.
Jurulatih kerakyatan Croatia itu menyuarakan kekecewaannya dengan pasukan yang melepaskan beberapa peluang di hadapan gol.
Kelantan walaubagaimanapun berjaya menduduki tempat teratas Kumpulan H Piala AFC selepas kemenangan 1-0 kepada pasukan dari Myanmar, Ayeyawady United di Stadium Sultan Mohammad IV.
Gol awal separuh masa kedua oleh Nwoha Onyekachi telah berjaya membawa Kelantan ke pusingan seterusnya dan kempen Piala AFC Ayeyawady pula telah tamat.
Namun, Bojan Hodak tidak begitu gembira dengan pasukannya yang dikatakan masih boleh bermain lebih baik.
"Saya gembira dengan tiga mata tetapi tidak dengan jumlah keputusan perlawanan. Kami mendapatkan keputusan yang kami mahukan, kami di tempat teratas kumpulan dan kami akan beraksi di tempat sendiri pada pusingan seterusnya," katanya.
"Kedua-dua pasukan tidak bermain dengan baik tetapi kami bernasib baik kerana menjaringkan gol pada separuh masa kedua, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi pemain kami tidak fokus. Mereka cuba bermain untuk diri sendiri dan menjaringkan untuk diri sendiri bukan untuk pasukan."
Jurulatih Ayeyawady, Jozef Herel pula memberitahu beliau kecewa selepas tersingkir dari Piala AFC.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 zone Amir