Archives

0

Athletic Bilbao Juara Liga Europa

amir Z Thursday, 10 May 2012

 Penyerang Colombia, Radamel Falcao meledak dua gol untuk membantu Atletico Madrid menewaskan Athletic Bilbao 3-0 pada final Liga Europa awal pagi semalam.
Atletico merangkul trofi Liga Europa itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
Bagi Falcao, ia adalah trofi kedua bersama dua pasukan berbeza selepas membantu Porto muncul juara musim lalu, manakala ia adalah gelaran pertama buat jurulatih, Diego Simeone yang memimpin kelab itu tujuh bulan lepas.
Kehebatan Falcao, 26, itu turut menutup mulut pengkritik yang mempertikaikan keputusannya berhijrah ke Atletico.
"Sebelum ini, ramai menganggap saya membuat keputusan yang silap kerana Atletico dilihat tidak mempunyai harapan untuk menjulang sebarang trofi musim ini.
"Saya benar-benar gembira kerana berjaya membuktikan mereka salah," kata Falcao.
Selain dua gol Falcao, satu lagi gol Atletico awal pagi semalam diledakkan oleh Diego.
Sementara itu, Simeone juga berharap supaya Falcao akan kekal bersama Atletico musim depan.
"Saya sayangkan Falcao dan mengenalinya sejak dia masih muda lagi.
"Kami pernah sama-sama muncul juara ketika bersama River Plate di Argentina dan kali ini kami sekali lagi berjaya melakukannya.
"Jika boleh, saya mahu dia kekal lebih lama di sini tetapi jika Falcao mahu berhijrah, saya menghormati keputusannya," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Bilbao, Marcelo Bielsa bertanggungjawab atas kekalahan pasukan tersebut.
"Saya benar-benar kecewa kerana kami gagal beraksi dengan bagus.
"Atletico memang berhak untuk menang. Mereka menunjukkan permainan yang cukup berkualiti berbanding kami sepanjang perlawanan itu," katanya
0

Di Matteo Belum Selamat


LONDON - Pemilik Chelsea, Roman Ab- ramovich dilaporkan bakal memecat pengendali sementara skuad The Blues, Roberto Di Matteo meskipun berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.
Masa depan Di Matteo di Stamford Bridge masih belum pasti meskipun beliau berjaya membantu Chelsea menjulang trofi Piala FA dengan menewaskan Liverpool 2-1 di Stadium Wembley, Ahad lalu.
Sumber dalaman Chelsea memberitahu, Abramovich bersedia untuk membawa masuk jurulatih yang hebat bagi mengendalikan Chelsea musim depan.
Namun, situasi itu tidak menggugat konsentrasi Di Matteo yang berazam mahu membuktikan kehebatannya pada aksi menentang Bayern Munich di Stadium Allianz Arena, 20 Mei ini.
"Di Matteo dijangka akan memberikan aksi yang terbaik pada pertemuan menentang Bayern itu walaupun sedar beliau belum pasti kekal sebagai pengurus Chelsea," menurut sumber itu.
Ketika ini, kedudukan Di Matteo masih belum selamat apabila beliau tidak diberikan kata putus oleh pihak penguru- san kelab.
"Ketika memohon jadual latihan musim depan, Di Matteo hanya diberikan jadual untuk jangka pendek. Sebab itu, Di Mat- teo tahu khidmatnya mungkin tidak diperlukan.
"Sudah tentu beliau kecewa, terutamanya selepas berjaya memulihkan semula reputasi skuad The Blues sebaik mengambil alih jawatan Andre Villas Boas.
"Kejayaan menjulang trofi Piala FA cukup istimewa tetapi secara asasnya, tidak ada apa yang berubah," katanya.
Abramovich sebelum ini dilaporkan bersedia membawa masuk bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, Laurent Blanc (Perancis) dan juga bekas jurulatih England, Fabio Capello sebagai pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun. 
0

Aguero:Banyak Lagi Best


Penyerang Manchester City Sergio Aguero percaya kemenangan Liga Perdana akan menjadi permulaan era yang berjaya untuk kelab itu.
Kemenangan ke atas QPR di Stadium Etihad akan memastikan City menjadi juara liga buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun dan Aguero telah berjanji ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk merasakan kejayaan seterusnya.

"Saya mahu memenangi kejuaraan musim ini - dan kemudian lebih banyak lagi trofi dengan City selepas itu," kata pemain Argentina itu kepada akhbar The Sun.

"Kami telah bermain satu musim yang hebat tetapi terdapat banyak lagi yang akan datang daripada pasukan ini."

Aguero juga percaya kemenangan City bukan sahaja akan diraikan oleh para peminat City, tetapi juga oleh seluruh Argentina.

"Rakyat Argentina menikmati permainan bolasepak yang hebat - dan City telah bermain dengan hebat musim ini," katanya. "Mereka menghargai ini di Argentina dan ini membuat pasukan sangat terkenal.

"Kami mempunyai tiga pemain Argentina dalam skuad [Aguero, Carlos Tevez dan Pablo Zabaleta] dan itu meningkatkan lagi minat terhadap City."

Aguero menyertai City dari Atletico Madrid musim panas lalu dan telah berjaya menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Persembahan-persembahan cemerlang beliau telah membuatnya menjadi kegemaran para peminat City dan itu mendorong pemain antarabangsa Argentina untuk membuat yang terbaik setiap kali beliau bermain.

"Sokongan para peminat kami mendorong saya untuk membuat yang terbaik setiap kali saya bermain dan mereka juga membantu kami untuk mencapai matlamat-matlamat kami."

City telah berjaya menjaringkan 90 gol dalam liga musim ini - 22 jaringan daripada Aguero - dan juga mempunyai rekod pertahanan yang terbaik dalam liga ini dengan hanya dibolos 27 kali.

0

Perlawanan Ditunda


Perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Johor FC yang dijadualkan pada 15 Mei telah ditunda ke 26 Mei.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata mereka telah memohon untuk menundakan perlawanan itu untuk memberikan masa kepada pemain bagi persiapan perlawanan akhir Piala FA pada 19 Mei.
"Komiti Pertandingan FAM telah menerima permohonan kami," katanya.
"Kami kini mempunyai masa untuk membuat persediaan bagi perlawanan akhir Piala FA dan perlawanan Piala AFC pusingan kedua," katanya lagi.
Kelantan akan bertemu PKNS pada 11 Mei sebelum perlawanan akhir Piala FA dengan Sime Darby FC pada 19 Mei.
Azman juga memberitahu bahawa penjualan tiket Piala FA telah menurun hampir 50% disebabkan harag tiket yang mahal (RM40).
0

Bojan:Ghaddar Pentingkan Diri Sendiri


Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang senang dengan permainan bola kampung yang dipraktikkan oleh pasukannya walaupun berjaya mara dalam Piala AFC.
Pasukan The Red Warriors berjaya menduduki tempat teratas Kumpulan H dengan 13 mata selepas menewaskan Ayeyawady United 1-0 dengan jaringan tunggal oleh Nwoha Onyekachi.
"Kami beraksi dengan baik pada 70 minit pertama dan menjaringkan gol kemenangan," kata Hodak kepada The Star.
"Selepas itu, pasukan bermain bola kampung. Mohd Ghaddar seorang pemain yang mementingkan diri sendiri selepas kami menjaringkan gol dan pemain yang lain ikut serta.
"Saya rasa menggilirkan pemain adalah salah satu faktor yang menyebabkan mereka bermain bola kampung. Sesetengah pemain masih tidak biasa antara satu sama lain dan kami harus perbaiki itu."
Jurulatih itu turut berkata beliau akan fokus kepada disiplin taktikal semasa sesi latihan.
"Kita perlu konsisten dan juga berdisiplin.
"Pemain seolah-olah menunjuk-nunjuk semasa perlawanan menentang Kedah dalam separuh akhir Piala FA dan semasa dengan Ayeyawady, mereka bermain seperti budak sekolah," kata Hodak.
"Tetapi mereka telah bermain dengan baik menentang LionsXII.
"Sebab itu saya katakan mereka kurang disiplin secara taktikal. Buat masa ini, pasukan hanya berdisiplin selama 60 atau 70 minit.
"Mereka akan beraksi dengan lebih baik apabila saya telah menanamkan sikap disiplin dalam diri mereka. Mereka juga letih kerana telah melalui perlawanan dalam jadual yang padat. Mereka akan tingkatkan prestasi selepas bercuti."
Kelantan kini akan menumpukan perhatian kepada perlawanan Liga Super menentang PKNS Sabtu ini.
0

Yaya Idam julang Barca Lagi


Yaya Toure mahu kembali ke Barca

Pemain tengah Manchester City Yaya Toure telah mengulangi keinginannya untuk menamatkan kerjayanya di bekas kelabnya, Barcelona.
Pemain antarabangsa Ivory Coas itu menghabiskan tiga tahun di Barca sebelum berpindah ke City di tahun 2010.

Toure menjadi pemain kegemaran para penyokong City dan dua jaringan beliau di Newcastle hujung minggu lepas kini memberikan City peluang untuk mejuarai liga buat kali pertama sejak tahun 1968, tetapi beliau mahu kembali ke Barca satu hari nanti.
Katanya kepada stesen radio Sepanyol RAC1: "Saya berkata dua tahun lepas bahawa saya akan kembali. Ia adalah pasukan yang paling penting untuk saya dan jika mereka mahukan anda, anda tidak berfikir dua kali. Saya cintakan Barcelona.

"Dalam sidang akhbar yang saya lakukan apabila saya meninggalkan kelab itu, saya berkata saya akan kembali, dalam kehidupan anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku esok, ia adalah pasukan kehidupan saya dan saya ingin menamatkan kerjaya sukan saya di sana. Sangat hebat jika saya dapat kembali. "

0

Anak Malaysia Di Shenhua


Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia.
Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia.
Pada November 2011, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai Shenhua. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten.
Kelab itu seterusnya telah membuat keputusan untuk menandatangi Tam secara rasmi.
Tam pemain bola sepak kaki kanan yang berbakat dilahirkan di Tokyo, Jepun pada tahun 1995. Dia yang berkerakyatan Malaysia telah mengikut ibu bapanya ke Jepun atas urusan perniagaan dan telah membesar di sana. Ibu bapa Tam, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik sebuah retoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun yang lepas.
Tam sudah mula bermain bola sepak pada usia 9 tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15.
Pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan.
Pada tahun 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.
Walaupun dia pemain muda yang berbakat dari, dia tidak terkenal di Malaysia mahupun di Jepun. Tetapi penyertaannya ke kelab Shanghai Shenhua telah menarik perhatian Menteri Konsul Am Malaysia di Shanghai, Hendy Assan sebagai saksi penandatangan kontrak.
Jurulatih Shanghai Shenhua sekarang ini adalah bekas pemain Chelsea, Nicolas Anelka yang juga masih pemain di Shenhua.

0

Sneijder Sasaran Red Devil


Bekas penyerang Manchester United, Teddy Sheringham percaya kelab itu akan cuba mendapatkan pemain tengah Inter Milan, Wesly Sneijder musim panas ini.
The Red Devils dijangka pada permulaan musim ini akan mendapatkan Sneijder untuk menggantikan Paul Scholes, yang pada masa itu telah bersara.  
Walaubagaimanapun, pemindahan itu tidak berlaku dan Scholes telah pun kembali daripada persaraan sejak itu untuk membantu bahagian tengah United.  
Dengan harapan United untuk mempertahankan kejuaraan mereka kini sangat tipis, kelihatan seperti United akan membeli pemain-pemain baru musim panas ini untuk mengukuhkan skuad mereka, terutama sekali dengan Scholes masih belum mengatakan sama ada beliau akan terus bermain musim depan.
Dan Sheringham percaya Ferguson bukan jenis pengurus yang akan terlepas peluang kedua untuk menandatangani seorang pemain yang beliau mahukan.

"Saya rasa mereka akan [membuat tawaran untuk Sneijder]," kata Sheringham menurut akhbar Daily Mail.

"Ferguson cuba menandatangani Sneijder tahun lepas dan apabila dia minati seorang pemain, dia jarang akan melepaskan peluang itu dan akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mereka.

"Dia telah melakukan perkara yang sama untuk banyak pemain - seperti Ruud van Nistelrooy. Ruud mempunyai kecederaan tetapi Fergie mendapatkannya setahun kemudian - ia tidak akan mengejutkan saya jika beliau akan cuba mendapatkan Sneijder sekali lagi "

Masih ada kemungkinan Scholes akan bermain untuk satu lagi musim tetapi Sheringham mendedahkan beliau sendiri mempunyai masalah untuk mengekalkan prestasi beliau sebelum bersara pada umur 42 tahun.

"Mengimbas kembali kerjaya saya, saya sedar bahawa dalam tempoh tiga atau empat tahun yang lalu, saya memulakan musim dengan sangat baik tetapi saya tidak dsaya tidak dapat kekalkan prestasi itu untuk sepanjang musim," bekas pemain antarabangsa England itu mengakui.

Walaupun hanya berpindah ke Old Trafford selepas beliau berumur 31 tahun, Sheringham menikmati banyak kejayaan dengan United dan memainkan peranan penting apabila mereka memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA di musim 1998/99, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir Piala FA dan Liga Juara-Juara.
0

Kijang Dan Penyu Buat Perhitungan Di Pusingan Kedua Piala AFC


Terengganu FA akan bertemu Kelantan FA di pusingan kedua Piala AFC pada 23 Mei selepas seri 2-2 dengan Kitchee.
Dengan Kitchee hanya perlu mengelak kekalahan di Stadium Sukan Tseung Kwan O untuk menjuarai Kumpulan F, Jordi Tarres menjaringkan dua gol di separuh masa pertama untuk seri 2-2 dengan Terengganu.
Ashaari Samsudin dan Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol-gol Terengganu untuk menghalang pasukan Josep Gombau daripada menang perlawanan keempat mereka dalam enam perlawanan terakhir.

Walaupun gagal untuk meragut semua tiga mata untuk menjuarai kumpulan itu, juara bertahan Piala FA Malaysia Terengganu, yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan kedua, akan bertemu dengan musuh Liga Super Malaysia Kelantan, yang menjuarai Kumpulan H, pada 23 Mei di Kota Bharu.
"Saya gembira dengan persembahan pasukan saya. Kami berjaya mendapat satu mata yang kami perlukan untuk menjuarai kumpulan ini, dan itu adalah matlamat kami," kata jurulatuh Kitchee Gombau.
"Perlawanan ini tidak mudah kerana Terengganu adalah pasukan yang hebat. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik.  Saya berpuas hati dengan satu mata.

Kitchee mendahului perlawanan pada minit ke-9 apabila Tarres melepasi kawalan untuk menanduk masuk hantaran Lo Kwan Yee dari sayap kanan.
Tetapi Terengganu menjaringkan gol penyamaan apabila Ashari menjaring masuk hantaran Zubir Amzi.
Kitchee menjaringkan gol kedua mereka di minit terkahir separuh masa pertama apabila usaha Tarres melepasi Shamiraz Yusoff daripada hantaran Chan Mai Fan.

Tetapi Terengganu menjaringkan gol penyamaan buat kali kedua apabila Hadi dengan tenang menjaringkan sepakan penalti beliau selepas dikasari Fernando Recio.
"Kami berpuas hati dengan keputusan ini kerana kami mempunyai banyak pemain yang cedera," kata penolong jurulatih Terengganu, Khalid Mohammed Dahan.

"Ia adalah satu malam yang sukar bagi Terengganu. Kami mempunyai hanya 16 pemain dan dua daripada mereka cedera dan kami bermain semua pemain walaupun mereka cedera kerana kami tidak mempunyai pilihan. Seorang pemain pertahanan juga terpaksa bermain sebagai penyerang, tetapi kami tidak mempunyai pilihan. Para pemain saya bermain dengan penuh semangat menentang pasukan yang hebat dan kami berpuas hati dengan keputusan ini.

"Kitchee telah menjuarai kumpulan ini dan kami adalah naib juara, jadi kami perlu bertemu juara dari Kumpulan H iaitu Kelantan yang juga dari Malaysia.

"Mudah-mudahan pemain-pemain saya akan pulih tidak lama lagi dan boleh beraksi dalam perlawnan itu. Kelantan dan Terengganu adalah dua pasukan terbaik di Malaysia pada masa ini, jadi saya fikir ia akan menjadi satu perlawanan yang baik dan saya tidak sabar untuk bertemu Kelantan. "
0

Nazmi Ke Portugal

amir Z

Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan akan ke sana bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk sesi pemilihan.
Selepas Ong Kim Swee memberitahu bahawa Nazmi Faiz akan ke Eropah beberapa hari lepas, banyak spekulasi yang mengatakan dia akan beraksi di Cardiff City atupun salah satu kelab liga utama di Portugal.
Ong Kim Swee ketika dihubungi ESPNSTAR.my hari ini mengesahkan Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pasukan utama kelab S.C.Beira-Mar di Portugal yang menduduki tempat ke-12 dari 16 pasukan Primeira Liga Portugal.
"Terdapat perkara yang benar dan tidak benar dengan spekulasi Nazmi Faiz ke Eropah. Tetapi apa yang mustahak, hari ini kami mendapat perjanjian antara Nazmi dengan kelab liga utama Portugal, S.C. Beira-Mar." kata Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my.
"Nazmi Faiz akan menjalani sesi pemilihan pemain bersama kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini"
Laporan sebelum ini menyatakan Nazmi Faiz berjaya menarik minat kelab tersebut selepas mereka menyaksikan beberapa video Nazmi beraksi dalam perlawanan.
Ong Kim Swee sangat bangga dengan Nazmi berjaya membuktikan bakatnya dengan berjaya menarik perhatian kelab dari luar negara terutamanya kelab dari Eropah.
"Ini satu perkembangan yang baik. Nazmi telah dinilai melalui ejen dan scout kelab itu dan mereka telah datang secara rasmi untuk meminta Nazmi ke kelab mereka bagi sesi pemilihan.
"Apa yang penting ini terjadi bukan kerana saya atau sesiapa tetapi dari titik peluh Nazmi sendiri dan kelab sendiri yakin dengan kemampuan Nazmi." kata Ong Kim Swee lagi.
Nazmi Faiz akan ke Portugal bersama bapanya pada hari Ahad ini untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi dan seterusnya untuk sesi pemilihan yang telah dipersetujui.
Ong Kim Swee juga mengatakan ini adalah satu pengorbanan bagi pihaknya untuk masa depan bola sepak negara dia beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan pemain yang mendapat tawaran dari kelab luar negara.
Ong Kim Swee menambah: "Ini satu perkembangan yang positif untuk bola sepak negara dan saya harap Nazmi dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan kontrak. Terutamanya kontrak untuk bermain dalam pasukan utama mereka pada musim akan datang."
Apabila ditanya tentang bagaimana reaksi Nazmi tentang hal ini, Ong Kim Swee berkata: "Nazmi semestinya teruja dan tidak sabar untuk berangkat ke Portugal bersama bapanya pada hari Ahad ini."
0

Kelantan Bawah Aksi Sebenar

amir Z Wednesday, 9 May 2012

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang menang tipis ke atas Ayeyawady United dalam perlawanan Piala AFC semalam.
Jurulatih kerakyatan Croatia itu menyuarakan kekecewaannya dengan pasukan yang melepaskan beberapa peluang di hadapan gol.
Kelantan walaubagaimanapun berjaya menduduki tempat teratas Kumpulan H Piala AFC selepas kemenangan 1-0 kepada pasukan dari Myanmar, Ayeyawady United di Stadium Sultan Mohammad IV.
Gol awal separuh masa kedua oleh Nwoha Onyekachi telah berjaya membawa Kelantan ke pusingan seterusnya dan kempen Piala AFC Ayeyawady pula telah tamat.
Namun, Bojan Hodak tidak begitu gembira dengan pasukannya yang dikatakan masih boleh bermain lebih baik.
"Saya gembira dengan tiga mata tetapi tidak dengan jumlah keputusan perlawanan. Kami mendapatkan keputusan yang kami mahukan, kami di tempat teratas kumpulan dan kami akan beraksi di tempat sendiri pada pusingan seterusnya," katanya.
"Kedua-dua pasukan tidak bermain dengan baik tetapi kami bernasib baik kerana menjaringkan gol pada separuh masa kedua, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi pemain kami tidak fokus. Mereka cuba bermain untuk diri sendiri dan menjaringkan untuk diri sendiri bukan untuk pasukan."
Jurulatih Ayeyawady, Jozef Herel pula memberitahu beliau kecewa selepas tersingkir dari Piala AFC.
 
Copyright 2010 zone Amir