You Are Reading

0

Aguero:Banyak Lagi Best

amir Z Thursday, 10 May 2012

Penyerang Manchester City Sergio Aguero percaya kemenangan Liga Perdana akan menjadi permulaan era yang berjaya untuk kelab itu.
Kemenangan ke atas QPR di Stadium Etihad akan memastikan City menjadi juara liga buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun dan Aguero telah berjanji ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk merasakan kejayaan seterusnya.

"Saya mahu memenangi kejuaraan musim ini - dan kemudian lebih banyak lagi trofi dengan City selepas itu," kata pemain Argentina itu kepada akhbar The Sun.

"Kami telah bermain satu musim yang hebat tetapi terdapat banyak lagi yang akan datang daripada pasukan ini."

Aguero juga percaya kemenangan City bukan sahaja akan diraikan oleh para peminat City, tetapi juga oleh seluruh Argentina.

"Rakyat Argentina menikmati permainan bolasepak yang hebat - dan City telah bermain dengan hebat musim ini," katanya. "Mereka menghargai ini di Argentina dan ini membuat pasukan sangat terkenal.

"Kami mempunyai tiga pemain Argentina dalam skuad [Aguero, Carlos Tevez dan Pablo Zabaleta] dan itu meningkatkan lagi minat terhadap City."

Aguero menyertai City dari Atletico Madrid musim panas lalu dan telah berjaya menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Persembahan-persembahan cemerlang beliau telah membuatnya menjadi kegemaran para peminat City dan itu mendorong pemain antarabangsa Argentina untuk membuat yang terbaik setiap kali beliau bermain.

"Sokongan para peminat kami mendorong saya untuk membuat yang terbaik setiap kali saya bermain dan mereka juga membantu kami untuk mencapai matlamat-matlamat kami."

City telah berjaya menjaringkan 90 gol dalam liga musim ini - 22 jaringan daripada Aguero - dan juga mempunyai rekod pertahanan yang terbaik dalam liga ini dengan hanya dibolos 27 kali.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 zone Amir