You Are Reading

0

Bojan:Ghaddar Pentingkan Diri Sendiri

amir Z Thursday, 10 May 2012

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang senang dengan permainan bola kampung yang dipraktikkan oleh pasukannya walaupun berjaya mara dalam Piala AFC.
Pasukan The Red Warriors berjaya menduduki tempat teratas Kumpulan H dengan 13 mata selepas menewaskan Ayeyawady United 1-0 dengan jaringan tunggal oleh Nwoha Onyekachi.
"Kami beraksi dengan baik pada 70 minit pertama dan menjaringkan gol kemenangan," kata Hodak kepada The Star.
"Selepas itu, pasukan bermain bola kampung. Mohd Ghaddar seorang pemain yang mementingkan diri sendiri selepas kami menjaringkan gol dan pemain yang lain ikut serta.
"Saya rasa menggilirkan pemain adalah salah satu faktor yang menyebabkan mereka bermain bola kampung. Sesetengah pemain masih tidak biasa antara satu sama lain dan kami harus perbaiki itu."
Jurulatih itu turut berkata beliau akan fokus kepada disiplin taktikal semasa sesi latihan.
"Kita perlu konsisten dan juga berdisiplin.
"Pemain seolah-olah menunjuk-nunjuk semasa perlawanan menentang Kedah dalam separuh akhir Piala FA dan semasa dengan Ayeyawady, mereka bermain seperti budak sekolah," kata Hodak.
"Tetapi mereka telah bermain dengan baik menentang LionsXII.
"Sebab itu saya katakan mereka kurang disiplin secara taktikal. Buat masa ini, pasukan hanya berdisiplin selama 60 atau 70 minit.
"Mereka akan beraksi dengan lebih baik apabila saya telah menanamkan sikap disiplin dalam diri mereka. Mereka juga letih kerana telah melalui perlawanan dalam jadual yang padat. Mereka akan tingkatkan prestasi selepas bercuti."
Kelantan kini akan menumpukan perhatian kepada perlawanan Liga Super menentang PKNS Sabtu ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 zone Amir