You Are Reading

0

Athletic Bilbao Juara Liga Europa

amir Z Thursday, 10 May 2012

 Penyerang Colombia, Radamel Falcao meledak dua gol untuk membantu Atletico Madrid menewaskan Athletic Bilbao 3-0 pada final Liga Europa awal pagi semalam.
Atletico merangkul trofi Liga Europa itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
Bagi Falcao, ia adalah trofi kedua bersama dua pasukan berbeza selepas membantu Porto muncul juara musim lalu, manakala ia adalah gelaran pertama buat jurulatih, Diego Simeone yang memimpin kelab itu tujuh bulan lepas.
Kehebatan Falcao, 26, itu turut menutup mulut pengkritik yang mempertikaikan keputusannya berhijrah ke Atletico.
"Sebelum ini, ramai menganggap saya membuat keputusan yang silap kerana Atletico dilihat tidak mempunyai harapan untuk menjulang sebarang trofi musim ini.
"Saya benar-benar gembira kerana berjaya membuktikan mereka salah," kata Falcao.
Selain dua gol Falcao, satu lagi gol Atletico awal pagi semalam diledakkan oleh Diego.
Sementara itu, Simeone juga berharap supaya Falcao akan kekal bersama Atletico musim depan.
"Saya sayangkan Falcao dan mengenalinya sejak dia masih muda lagi.
"Kami pernah sama-sama muncul juara ketika bersama River Plate di Argentina dan kali ini kami sekali lagi berjaya melakukannya.
"Jika boleh, saya mahu dia kekal lebih lama di sini tetapi jika Falcao mahu berhijrah, saya menghormati keputusannya," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Bilbao, Marcelo Bielsa bertanggungjawab atas kekalahan pasukan tersebut.
"Saya benar-benar kecewa kerana kami gagal beraksi dengan bagus.
"Atletico memang berhak untuk menang. Mereka menunjukkan permainan yang cukup berkualiti berbanding kami sepanjang perlawanan itu," katanya

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 zone Amir